 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
Air Terjun Victoria |
Di bahagian ini, air mengalir dengan deras
mengikut cerun yang curam dan hakisan menegak adalah sangat aktif.
Antara rupa bentuk muka bumi yang terdapat
di sini ialah:
AIR
TERJUN
JERAM
DAN JERAM BERTINGKAT
-
Jeram terbentuk di kawasan pergunungan yang
batunya tidak sama jenis
-
Batuan lembut mudah dihakis oleh aliran sungai
sementara batuan keras ditinggalkan dan meninggalkan perbezaan gradien.
Ini menyebabkan kelihatan terloncat di atas batuan keras.
-
Jeram bertingkat pula terbentuk apabila batuan
keras berselang seli dengan batuan lembut. Air sungai yang mengalir kelihatan
terloncat-loncat di atas satu siri batuan keras.
-
Contoh :jeram bertingkat sepanjang sungai Nil
NGARAI
-
Lurah yang dalam terbentuk apabila sungai yang
mengalir di kawasan kering
-
Lurah ini berbentuk jurang dan dikenali
sebagai kanyon
-
Hujan yang sedikit mengurangkan pelebaran jurang
itu.
-
Contoh : Grand
Canyon di Sungai Colorado, Arizona, Amerika Syarikat.
LURAH
BERBENTUK V
-
Hakisan menegak oleh sungai yang deras mengakibatkan
pembentukan lurah yang dalam, sempit dan berbentuk seakan-akan V
-
Jurang atau gaung yang terbentuk di kawasan
batuan keras mempunyai lurah yang sempit yang bertebing sangat curam.
.
|